Monday, 23 January 2012

HOMESTAY KG LEGONG ULU



Kampung Stay Legong Ulu

Selamat datang ke  kg stay Seri Legong  dan alamilah penginapan dengan konsep Kampung Melayu
Tradisional di Kampung Legong Ulu. Anda boleh menginap dengan penuh keselesaan di sebuah bungalow bercirikan colonial. Di bina pada tahun 1949 rumah  4 bilik ini dilengkapi  penghawa dingin                 
dan water heater. 


Terletak di kawasan seluas 5 ekar anda akan merasai keheningan malam penuh  keshahduan. Anda boleh menikmati  keseronokan bercuti di  2 negeri dalam satu  masa. Melaka negeri bersejarah dan Negeri Sembilan negeri adat perpatih. Lokasinya yang  tidak jauh dari Tol Simpang Empat  dan Tol Pedas-Linggi memudahkan percutian anda
Lokasi:  Terletak 13 km dari pekan Rembau danTampin. 3km dari pekan Kota  dan 13km dari Tol.Simpang Empat.
Tempat menarik:  Gunung Datuk, Istana RajaMelewar  Rembau Kristal, Air panas Cengkau Ulu, Pedas Wet World,  Pengkalan nelayan Sungai Timun  Port Dickson  lain-lain.
Pengangkutan: bas , keretapi dan teksi.
Program Kgstay
-          Tinggal bersama  tuan rumah
-          Hidangan makanan ala kampung
-          Memberi makan haiwan: ayam kampung,ayam belanda,ayam mutiara,angsa, kambing, arnab  dan itik
-          Melawat tempat bersejarah: Istana dan musium Raja Melewar
-          Melawat Rembau Kristal
-          Berekreasi di Gunung Datuk
-          Menoreh getah
-          Melawat perkampungan nelayan Sungai Timun,memancing udang dan ikan
-          Memudiki sungai Llinggi dan melihat kelip-kelip pada waktu malam.

BORANG TEMPAHAN ONLINE

TEMPAT PELANCONGAN BERDEKATAN


BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH



KOLAM AYER PANAS PEDAS


HUTAN LIPUR GUNUNG DATUK


PENGKALAN SUNGAI TIMUN (UDANG GALAH)


ISTANA RAJA MELEWAR REMBAU


KRISTAL REMBAU


UDANG GALAH

Sunday, 22 January 2012

PETA LOKASI

klik pada peta untuk paparan penuh

GALERI GAMBAR